Definisi Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI )
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya,sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Manfaat MBMMBI
1. Melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan BM dan BI standard dalam perbualan , urusan rasmi, penerokaan ilmu, dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian dan keperluan.
2. Membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat( ICT ) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif.
3. Membentuk 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.
Mari kita bersama-sama belajar menyanyi lagu
" Bahasa Jiwa Bangsa "
" Bahasa Jiwa Bangsa "
No comments:
Post a Comment